Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah menerima kunjungan hormat dari Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Tanjung Pinang, Indonesia yang diketuai oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Kassim bin Thukimin di KUIJSI pada pagi ini.
Seiring dengan matlamat kerajaan negeri Johor bagi memperkasa kerjasama antara Singapura, Johor (Malaysia) dan Riau (SIJORI), pihak KUIJSI telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan STIE Tanjung Pinang, Indonesia.
Semoga dengan pertemuan ini dan persetujuan antara kedua belah pihak akan memberikan nilai positif kepada negeri Johor umumnya dan KUIJSI khususnya.