admin@kuijsi.edu.my 07-2332400

Kolokium Fikir Bagi Resolusi Multaqa Ulama ‘ Darul Ta’zim Kali Ke 8 2023M/1445H

KOLOKIUM FIKIR BAGI RESOLUSI MULTAQA ULAMA ' DARUL TA'ZIM KALI KE 8 2023M/1445H

Kolokium Fikir Orang Muda Johor telah diadakan pada hari Selasa, 22hb Ogos 2023, bersamaan 5 Safar 1445H Bertempat Di Hotel Opero, Southkey, Johor Bahru. Kolokium ini merupakan anjuran Kolej Universiti Islam Johor Johor (Kuijsi) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Kolokium ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Khaled, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Negeri Johor Darul Tazim yang bertemakan “Orang Muda Johor Beragama”
Dalam kolokium ini, empat pembentang telah menyampaikan ucaptama berdasarkan kepada empat wacana iaitu Orang Muda Johor dan:
Wacana Pendidikan
Wacana Ekonomi
Wacana Kesihatan
Wacana Agama
Alhamdulillah, kolokium ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan dihadiri lebih 70 orang peserta yang terdiri daripada tokoh-tokoh akademik dan agamawan, tokoh-tokoh belia negeri Johor, persatuan-persatuan dan NGO belia negeri Johor dan pimpinan mahasiswa anak negeri Johor di universiti awam dan swasta seluruh Malaysia.