admin@kuijsi.edu.my 07-2332400

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR)

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR) di Pejabat Rektor KUIJSI, Johor Bahru.

Majlis MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Madya Dr Hussin bin Salamon, Rektor KUIJSI dan Dr Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor IKDAR.

Jalinan kerjasama ini bagi tujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada IKDAR menawarkan program Diploma Pendidikan Islam KUIJSI.

Semoga jalinan kerjasama ini akan terus berpanjangan dan segala matlamat dicapai dengan cemerlang.