admin@kuijsi.edu.my 07-2332400

Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah menerima lawatan dari Granada International Islamic Boarding School Batam

Pada 27 September 2023 Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) telah menerima lawatan dari Granada International Islamic Boarding School Batam.

Lawatan belajar kali ini pelajar didedahkan dengan bimbingan keyakinan dalam kalangan pelajar bersama Pusat Kaunseling dan Kerjaya KUIJSI dan mahasiswa Kelab Pembimbing Rakan Siswa KUIJSI. Pelajar ini juga diberi peluang untuk bersama-sama mahasiswa KUIJSI belajar di dalam bilik kuliah serta melihat proses Pembelajaran dan Pengajaran bersama pensyarah.

Tujuannya adalah untuk menarik minat pelajar meneruskan Pengajian dalam bidang Pengajian Islam secara khususnya dan mengenal budaya dan kesantunan orang Johor.