Pada 15 hingga 17 September baru-baru ini telah berlangsung kursus IMAM MUDA MUSLIH 2023 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru.
Program ini dilaksanakan bagi memenuhi antara 5 inisiatif starategi di bawah Pemerkasaan Pendidikan dan Syiar Islam iaitu dalam inisiatif yang ketiga Program Pentauliahan Imam Muda. Program ini menyambut baik hasrat kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid telah menyatakan sebelum ini mahasiswa KUIJSI akan diberikan kursus imam dan bilal setiap tahun bagi mengeluarkan imam muda dan menyelesaikan isu kekurangan imam di negeri Johor.
Dalam program ini pelbagai pengisian telah dilaksanakan antaranya ialah Pemantapan Akidah berteraskan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, Tahsin Tilawah Al-Quran, Fiqh Solat Imam dan Makmum, Profesionalisme Imam dan Bilal, Isu-isu berkaitan keprofessionalisme Imam dan Bilal serta Ciri-ciri dan jati diri seorang Imam yang bagus.