PENUTUP KARNIVAL ASRAMA (MAHARS)
Terdapat banyak pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai Exco untuk Mahasiswa/I Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) bermula pada 18-25 Februari 2024.
Pada 26 Februari 2024 bersamaan dengan hari Isnin, majlis penutup bagi Karnival Asrama anjuran MPP telah diadakan dan dihadiri oleh ramai Mahasiswa/I KUIJSI.
Acara pengunguman pemenang dan penyerahan sijil serta hadiah kepada peserta merupakan tentatif utama majlis pada hari tersebut. Dimeriahkan oleh kumpulan qasidah Firqah Al-Masarrah, majlis penutup an Karnival Asrama mendapat sambutan dari semua pihak.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pemenang kerana berani menyahut cabaran dan maju ke hadapan. Semoga Mahasiswa/I KUIJSI akan lebih kerap menglibatkan diri dalam karnival asrama yang akan datang.