Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Johor (Perintis Jauhar) telah berkolaborasi dengan 3 Badan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di IPT-IPT di dalam kawasan Daerah Johor Bahru iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) & Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (MARSAH).
Ribuan & Jutaan terima kasih kepada ;
Saudara Ammrel Afif Ajmal
Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI)
dan diwakili oleh Saudara Haziq dan Barisan Majlis Tertinggi, Exco-exco serta Encik Fadzly, Pegawai HEPA KUIJSI
yang sudi menerima kehadiran kami. Pelbagai perkara telah disentuh secara sepintas lalu berkaitan isu isu dan program-program mahasiswa dan para pelajar di kampus.
Kami amat berharap di masa yang akan datang kita dapat bersua dengan lebih lama dan duduk semeja membincang dan mengeluarkan idea idea baharu demi pembangunan pendidikan dan kebajikan pelajar/mahasiswa di IPT-IPT khususnya di Negeri Johor.
In Shaa Allah.
Sekali lagi, Terima Kasih.